Tentang Penulis

Blog Syahir Wahid adalah blog peribadi yang diasaskan oleh Muhamad Syahir Bin Wahid.Berasal dari Selangor dan sekarang bekerja di sebuah syarikat minyak terkemuka di Malaysia.

Tulisan-tulisan di sini adalah hasil nukilan peribadi berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada. Kupasan lebih diberikan tentang ilmu-ilmu kekayaan disebabkan penulis sendiri yang bercita-cita untuk membebaskan diri daripada belenggu masalah kerja 9-5/24/7. Ada antara kandungan di blog ini adalah susah untuk dihadam, jadi awas kepada yang membaca. Pastikan anda datang dengan minda yang positif, cawan yang kosong dan bersedia menceduk ilmu-ilmu yang ada. Jika tidak tuduhan-tuduhan dan caci makian pasti akan dilontarkan kepada empunya blog.

Selain bercerita tentang kekayaan, penulis juga berminat menulis tentang self development, konspirasi, dan tentang Islam.Berminat tentang self development kerana empunya blog percaya bahawa secara pemikiran manusianya, musuh paling sukar untuk ditewaskan adalah diri sendiri. Self development dari kaca mata penulis adalah berperang dengan diri sendiri sambil memperbaiki dan menambahbaik. Siri-siri peperangan dengan diri sendiri ini ada banyak, dan setiap kali kita menang satu peperangan, kita sudah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah.

Sekian tentang penulis.

If there’s no enemy within, the enemy outside can do us no harm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *