Self Improvement

The “Learn Anything in 20 Hours” Technique Explained

Dalam post yang lepas, aku dah beri sedikit review tentang gambaran penulisan Josh Kauffman yang bagi aku sangat mengubah hidup. Walaupun jika dibaca semula, ianya mungkin sesuatu yang kita tahu, akan tetapi Josh telah berjaya memberikannya pembawakan baharu dalam mempelajari sesuatu. Jadi, teknik Josh Kauffman ini simple dan mudah kalau aku nak bagi “key point” dia. Apa yang penting ialah kau faham setiap key point itu dan kau praktiskan dengan betul.

Teknik Josh Kauffman ini boleh disimpulkan kepada 4 point penting iaitu:

  • Deconstruct the skill (Memecahkan skill itu kepada pecahan-pecahan kecil)
  • Self correct (atau boleh juga kita kata instant correction/feedback serta merta)
  • Remove barriers to learning (menghilangkan segala penghalang untuk kita belajar dan fokus etc telefon bimbit, game)
  • Practice at least 20 hours (berlatih atau fokus dalam masa 20 jam)

Josh Kauffman menyatakan dengan mempraktikkan 4 teknik ini, dia telah berjaya mempelajari banyak ilmu baharu seperti programming, surfing, bermain ukulele dan sebagainya. Maklumat lanjut boleh dapatkan buku ini.

Jadi sebelum nak mula belajar sesuatu perkara, ingat 4 key point ini sebab dia penting untuk kita punya perancangan. Contoh di bawah:

Tajuk: Bahasa Jepun

DECONSTRUCT:

Target: Mampu berbual topik biasa dengan orang Jepun

Perkara yang perlu diketahui untuk memulakan perbualan:

  1. Perkataan
  2. Struktur ayat
  3. Sebutan

Ini contoh yang aku dapat lepas buat research. Ya korang wajib melakukan research. Sebenarnya hasil pemecahan aku lebih panjang, tetapi ini telah diringkaskan. Baik lihat yang berikut. Untuk membolehkan aku berbual dengan orang Jepun, aku kena tahu bagaimana nak mencapai target itu berdasarkan 3 perkara yang aku pecahkan.

Perkataan

Hafal 1000-2000 perkataan lazim.

Struktur Ayat
Cara membuat ayat di dalam bahasa Jepun.

Cth:
Dalam bahasa Malaysia, struktur ayat adalah seperti berikut:

<subjek> adalah <predikat>

Jadi selepas mendapatkan pemahaman tentang struktur ayat dalam bahasa Jepun, antara struktur yang ada adalah:

<subjek> wa <predikat> des = Kore wa enpitsu des = Ini adalah Pensil

Kenapa penting aku hafal perkataan dahulu? Sebab kalau aku tak ada vocabulary yang cukup, aku takkan mampu nak masukkan perkataan-perkataan dalam struktur ayat.

Sebutan

Untuk sebutan, selepas aku biasakan diri dengan perkataan dan ayat, apa yang tinggal ialah mempelajari sebutan yang betul. Untuk berbicara dalam bahasa Jepun, kita perlu tahu sebutan yang betul dan dapat mengenalpasti sebutan yang diungkapkan oleh orang Jepun.

Self Correct

Self correct ini sebenarnya lebih kepada berapa cepat kita boleh tahu kalau kita melakukan kesalahan. Aku lebih cadangkan kita memanfaatkan guru bagi yang mengambil kelas atau mungkin online-online community yang ada. Jadi key di sini ialah, aku perlu sentiasa bertutur dan dibetulkan oleh mereka yang tahu. Lebih laju feedback, lebih cepat belajar.

Remove Barriers to Learning

Pastikan setiap jam yang kita belajar, kita fokus sebetul-betulnya. Buang handphone, game, televisyen dan apa-apa perkara yang menghalang fokus.

Practice for At Least 20 Hours

Berlatih sekurang-kurangnya 20 jam dan cuba lihat hasilnya. Anda boleh buat mungkin 1 jam sehari. Jadi dalam 20 hari anda akan cukup 20 jam. Kalau nak buat 2 jam sehari atau lebih pun bergantung. Sebab kita sendiri yang akan tahu sama ada kita lebih sesuai 1 jam atau 2 jam atau lebih. Konsepnya ialah supaya kita dapat menggali bagaimana cara yang lebih efektif.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *